Alhamdulilah,Segala puji bagi Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izin Nya,saya telah mencapai umur 61 tahun pada hari ini.Satu tahun telah berlalu sejak tarikh lahir tahun lepas dan satu tahun saya lebih hampir dengan mati.
Salah satu manfaat bagi mereka yang dilanjutkan umur saperti saya ialah saya masih lagi diberi peluang untuk beribadah kepada Allah dengan kualiti yang lebih baik dibandingkan dengan semasa saya muda dahulu.Satu lagi ialah bertambuhnya ilmu dan pengalaman untuk mengenal diri sendiri..dan mengenal Allah.
Perkara yang amat penting semasa dihari tua ialah kesihatan.Sekali lagi saya memanjat rasa syukur kepada Allah jua kerana memberi rahmat kesihatan kepada diri saya.Tanpa keshitan segala urusan yang kita rancang akan terjejas atau tergendala.Teringat kawan-kawan yang sakit dan telah mati lebih dulu dari saya..
Kepada yang masih muda,jangan tunggu bila tua nanti untuk membuat sesuatu yang baik.Mungkin kita tidak sampai tua atau sampai tua tetapi tidak berupaya.
Ya Allah,aku memohon taufik dan hidayat,perlindungan dan pertulongan dari Mu Ya Allah untuk meneruskan hidup ini dengan lebih berilmu,lebih beramal dan lebih beriman dari masa-masa yang lepas sebelum tiba masanya aku kembali kepada Mu,Ya Allah.
Comments
You can follow this conversation by subscribing to the comment feed for this post.