Beberapa hari yang lepas kita mengalami suasana jerebu yang amat tidak sihat.Saya ternanti-nanti hujan turun..Suasana pagi ini ternampak lebih baik.InsyaAllah kita berdu'a dan berharap jerebu akan beredar segera..Daripada pengalaman cuaca buruk,kita akan lebih dapat menilai rahmat cuaca baik saperti dalam gambar ini.Apabila kita berpuasa sepanjang hari,kita akan merasa nikmat yang tidak terkata yang amat sangat bila kita berbuka dengan segelas air sejuk biasa.Begitu juga dengan nikmat 'adl.Mereka yang dizalimi akan lebih memberi nilai tinggi kerana mereka lebih mengerti maknanya.Begitu jugalah dengan nikmat ilmu,iman dan ibadah..
Comments