PRU #13 hampir tiba dan setiap hari kita membaca atau terbaca pelbagai berita dan cerita di media cetak dan elekronik.Berikut ialah satu ayat untuk peringatan kita semua.
Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil". (Al-Qasas 28:55) | <Embed> | English Translation
Dengan bantuan teknologi maklumat terkini,kita di hujani pelbagai maklumat yang banyak terdapat penipuan dan kepalsuan.Kita perlu ilmu untuk membezakan yang haq dan yang batil.Kita perlu berhati-hati supaya minda dan hati kita tidak di kotori olih manusia jahil dan jahat.Sama-sama kita mendampingi orang-orang yang benar-benar berilmu.
Pesan saya untuk diri saya dan para pembaca blog ini: Jangan kita pula jadi penyebar ajaran sesat,maklumat palsu dan fitnah.Kalau tidak pasti,diam lebih baik!
Comments
You can follow this conversation by subscribing to the comment feed for this post.