Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
(Al-'Ankabuut 29:2) | <Embed> | English Translation
Dua hari yang lepas ,saya dan keluarga pergi ke Melaka untuk menziarahi sahabat saya yang sakit hampir satu dekad.Penyakitnya bermula dengan Parkinson dan sekarang beliau sedang mengalami dementia perringat 'advanced stage'.Dia tidak dapat melihat dan mendengar macam biasa lagi dan perlu bantuan 100% dalam mengurus dirinya.Apabila dia 'sedar',saya panggil namanya dan beritahu yang saya ada bersamanya.Dia senyum dan menangis.Saya juga turut menangis..sedih melihat keadaanya.Teringat kepada diri saya yang sihat..Bersyukurlah kita banyak2 diatas rahmat yang Allah anugerah kepada kita semua,khususnya nikmat kesihatan..[Health is the Crown Jewels of Wealth]
Yang sakit diuji dengan kesakitannya,yang sihat diuji untuk menjaga mereka yang sakit.Saya amat terharu melihat keredhaan dan kecerdasan isteri sahabat saya menjaga suaminya. Sebelum pulang saya berpesan kepada anaknya agar terus menjaga ayahnya sebaik mungkin sehinnga akhir hayatnya.
Semasa kita sihat dan berada,kita juga diuji olih Allah swt,tetapi kita tidak tahu yang kita diuji sebab kita di buai keseronokan hidup.Mengikut kata guru saya,dunia ini adalah makmal ujian Allah kepada kita.Balasannya di akhirat nanti.Senang atau susah,dunia hanyalah sekecap sahaja.
Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Al-Mulk 67:2) | <Embed> | English Translation
Setiap ujian ada balasan.Balasan juga adalah pasti:
[79:40] Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; [79:41] Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya.
Recent Comments