Sabtu lepas,saya berkesempatan menghadiri majlis ilmu di Kolej Darul Hikmah dimana Dato' Dr Siddiq Fadhil memberi kuliyyah tafsir bulanannya.Berikut saya sertakan sedutan muqqadimah bicara beliau untuk renungan bersama.
"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.
(Luqman 31:17) | <Embed> | English Translation
Ayat 17 surah Luqman di atas adalah antara pesan kependidikan Luqman al-Hakim yang mengaspirasikan generasi berkualiti pengabdi Ilahi dan sekaligus memiliki kepedulian sosial yang tinggi. Generasi yang setia melaksanakan solat dan komited terhadap terhadap misi amar makruf-nahi munkar adalah generasi anak salih, agen pembinaan al-mujtama` al-salih, masyarakat bersih dalam pengertian masyarakat yang dibangun di atas nilai-nilai murni kemakrufan dan terhindar dari segala gejala kemungkaran. Luqman adalah penerima kurnia hikmah ketuhanan yang ditampilkan untuk mengungkapkan prinsip-prinsip pendidikan rabbani. Apabila beliau menempatkan amar makruf nahi munkar selepas printah (pendidikan) solat, yang terkesan adalah peri pentingnya amar makruf nahi munkar sebagai salah satu prinsip asasi pendidikan. Demikianlah, di mata seorang al-hakim (pemilik wisdom ketuhanan) generasi ideal yang harus dibina dalam sistem pendidikan rabbani ialah generasi God conscious yang disimbolkan dengan kata solat, generasi pejuang idealisme: menegakkan kemakrufan dan melawan kemungkaran, juga generasi yang kuat dan berdaya tahan (sabar).
Berasaskan konteks ayat yang menyebut amar makruf nahi munkar dalam bentuk pesan kependidikan seorang ayah (Luqman) kepada anaknya, bererti bahawa ia harus disebatikan dalam diri sejak kanak-kanak. Semangat menyintai kemakrufan dan membenci kemungkaran harus dipupuk serentak dengan pendidikan solat. Dengan demikian amar makruf nahi munkar tidak hanya berupa suatu tindakan, tetapi lebih daripada itu ia adalah watak dan jati diri. Dengan demikian akan lahirlah generasi yang menepati kata al-amiruna bi 'l-ma`ruf wa 'n-nahuna `ani 'l-munkar. (surah al-Tawbah: 112), iaitu mereka yang berwatak pejuang kemakrufan dan penentang kemungkaran. Demikian pentingnya amar makruf nahi munkar sehingga dijadikan komponen utama pendidikan kerana ia adalah ciri asasi dan dan jati diri umat Islam:
والمؤمنون والمؤمنات بعضهم أوليآء بعض، يأمرون بالمعروف وينهون عن المنكر
ويقيمون الصلاة ويؤتون الزكاة ويطيعون الله ورسوله، اولــــئك سيرحمهم الله،
إنّ الله عزيز حكيم.
Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma`ruf, mencegah dari yang mungkar, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al-Tawbah:71
Lebih daripada itu amar makruf nahi munkar adalah syarat khayriyyatu 'l-ummah (keunggulan umat) sebagaimana yang ditegaskan dalam ayat 110 surah Ali `Imran:
كنتم خيرأمّة أخرجت للنّاس تأمرون بالمعروف وتنهون عن المنكر وتؤمنون بالله،
ولوءا من أهل الكتاب لكان خيرا لهم، منهم المؤمنون وأكثرهم الفاسقون.
Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma`ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik
bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman, dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik.
Ayat tersebut membawa implikasi bahawa menghilangnya amar makruf nahi munkar dari kehidupan umat, berakhirlah khayriyyah (keunggulan) mereka. Seterusnya kegagalan memenuhi komitmen amar makruf nahi munkar bererti mengundang kutukan Tuhan sebagaimana nasib yang menimpa Bani Israil:
لعن الّذين كفروا من بنى إسرآئــل على لسان داود وعيسى ابن مريم، ذلك بما عصوا
وكانوا يعتدون. كانوا لايتناهون عن منكر فعلوه، لبئس ما كانوا يفعلون.
Telah dilaknati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan `Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas.
Mereka satu sama lain selalu tidak melarang tindakan mungkar yang mereka perbuat. Sesungguhnya amat buruklah apa yang selalu mereka perbuat itu. Al-Ma'idah:78-79
Pandangan saya:
Dari apa yang amati sejak lebih 20 tahun yang lepas,amal ma'ruf tidak banyak bertambah,tetapi kemungkaran sudah hampir tahap kronik.Sistem pendidikan sekular kita gagal dalam aspek pendidikan akhlaq khususnya mencintai amal ma'ruf dan membenci kemungkaran.Sebagai ibu bapa,kita mungkin berjaya untuk menberi pelajaran kepada anak-anak kita untuk menjadi pensyarah,doktor,peguam,jurutera dan sebagimana;tetapi adakah kita berjaya dalam tajuk yang ucapkan olih Luqman kepada anak-anaknya?Saya kira ramai dari kita telah gagal...
Kebanyakan kita adalah orang baik-baik,tetapi bila masysrakat kita rosak kita juga akan menerima kesan sampingan dari kerosakan tersebut.Adalah amat perlu kita bertindak mencegah kemungkaran dimana saja kita mampu berbuat demikian.InsyaAllah kita sama-sama akan selamat.
Comments
You can follow this conversation by subscribing to the comment feed for this post.