"(Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? "Katakanlah lagi (kepadanya): "Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?" Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
(Az-Zumar 39:9) | <Embed> | English Translation
Saya sertakan ayat diatas untuk meningatkan orang yang berilmu yang lupa kepada ibadat dan yang kurang ilmu tetapi terasa cukup ilmunya dan tidak lagi meneruskan usaha untuk menambah ilmu.
Dari pengajian saya yang sedikit,asas agama adalah keyakinan.Keyakinan yang sebenar tidak akan datang tanpa ilmu, kefahaman dan amalan. Ilmu perlu dicari dan dituntut;kefahaman memerlukan kita berfikir dan mendapat bimbangan dari Allah swt.
Dalam akhir ayat 282 surah al Baqarah,Allah berfirmat,"...Bertaqwa kepada Allah,pasti Allah akan mengajar ilmu kepada kamu..".
Saya menyeru kepada diri saya dan pembaca blog ini sentiasa beristiqamah dan sabar dalam mencari ilmu dan menambah aktiviti ubudiyyah(khusus dan umum) untuk bekalan di hari akhirat.Masa hidup didunia ini amat sedikit dan amat bodoh jika kita membazir masa dengan berbalah/bertengkar dengan isu-isu yang kecil.Elaklah diri dari orang-orang yang jahil.
Program Tanyalah Ustaz amat baik diikuti untuk masyarakat umum tetapi kita hendaklah meluang masa juga dengan menhadiri majlis ilmu di masjid dan membaca buku-buku agama.Jika ada kesempatan,kita perlu berjumpa dengan guru-guru agama untuk mendapat penjelasan lanjut atau pengesahan kebenaran ilmu yang belajar melalui pelbagai media.
Recent Comments