Setelah hidup lebih dari lima dekad,saya mengalami pelbagai pegalaman hidup yang jelas dan nyata bahawa kita hanya mahu merancang dan berusaha.Berjaya atau tidak bukan lagi urusan kita.Allah menyatakan segala ketentuan kembali kepada Nya.Ini saya percaya dan yakin.
Sebagai contoh apa yang berlaku semalam.Saya jatuh sakit demam dan batuk kuat kerana viral infection.Walau pun saya dah tempah pakaian baru untuk menghadiri majils persandingan anak saudara saya,saya terpaksa tidak dapat hadir untuk majlis merenjis kedua mempelai.Tambah sedih lagi bila semua ahli keluarga pergi ke majlis dan saya sendirian di rumah..Ini satu ujian dan pengajaran bagi saya supaya akur kepada kehendak Illahi.La Tahzan...
Hari ini saya rancang buat satu kayuhan basikal sejauh 30km untuk kumpulan kami di Putrajaya.Basikal telah siap di pasang dengan saddle baru dan beg baru,tetapi terpaksa saya batalkan kerana badan tidak sihat.
[saya hanya memberi contoh yang ringan.Setiap kita telah dan akan diuji dengan ujian yang sederhana dan berat]
Sebagai insan biasa,kita perlu sentiasa berusaha dan berdu'a.Yang menentu segala sesuatu adalah Allah jua..Kita redza dan kita rela,insyaAllah.
Recent Comments