Bila peperiksaan hampir tiba,penuntut universiti dan pelajar sekolah akan menumpukan segala perhatian untuk persiapan menghadapi peperiksaan masing-masing.Ada yang tidak tidur sampai pagi dan ada yang menolak tawaran melancung walaupun keluar negara.Begitu prihatin mereka semua.
Kenapa?Pada hemat saya,mereka yakin jika mereka tidak membuat persiapan mereka akan gagal atau tidak dapat mencapai tahap pencapain yang mereka idam-idamkan.Kata kunci disini ialah YAKIN!
Kita sebagai mulimin dan muslimat percaya kepada hari pembalasan dimana Allah swt adalah Raja dan Pemiliknya sebagaimana kita ulang 17kali sehari dalam solat kita.Sayang seribu kali sayang,berapa ramai antara kita[termasuk saya sendiri] yang telah menzahir kepercayaan kepada Hari Pembalasan dengan amalan-amalan dan mematuhi perintah Allah dan mengamalkan sunnah Nabi sebagaimana bersungguhnya pelajar sekolah dan penuntut universiti membuat persiapan menghadapi peperiksaan???Tarikh peperiksaan diberitahu lebih awal tetapi tarikh kematian bolih tiba bila-bila masa saja.Walaupun begitu ,kita masih lagi lalai dan leka dan tidak manfaatkan masa yang diberi olih Allah sepatutnya.Setiap solat kita memohon agar Allah swt panjangkan umur kita;selesai solat kita terus alpa dan leka...
Bersama-sama ini sertakan link kepada satu catatan yang amat bermanfaat untuk kita baca dan ingati empunya diri.Sila klik disini.Terima kasih.
Petikan:
Surat Ath-Thuur Ayat 17~20.
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa (muttaqin) berada didalam Surga dan kenikmatan, mereka bersuka-ria dengan apa yang telah dianugerahkan oleh Tuhan mereka, dan karena Tuhan mereka telah menyelamatkan mereka dari api neraka. (kepada mereka akan dikatakan), “Makan dan minumlah sepuas kalian, sebagai balasan atas amal kebajikan yang telah kamu kerjakan”. Mereka akan bersandar santai diatas tahta yang tersusun berderetan, dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari cantik bermata elok berbinar.
Recent Comments