Persoalan ini telah saya tertanya beberapa tahun lepas yang membuatkan saya terus beri duit zakat saya kepada yang perlu secara terus tanpa melalui badan kutipan zakat pihak pemerintah.Berikut saya petik pandangan Dr Asri,mantan Mufti Perlis berkaitan isu semasa:
Jelas beliau, sekiranya wang zakat digunakan secara telus mustahil umat Islam perlu meminta bantuan daripada penganut agama lain.
“Ke mana perginya wang zakat kita? Ratusan juta hasil kutipan yang diumumkan saban tahun, apakah tidak mampu untuk membantu fakir miskin ini keluar dari kesusahan mereka sehingga tidak perlu meminta ‘sedekah’ kepada orang lain? Mengapa kerenah biokrasi begitu tinggi untuk fakir miskin mendapatkan bantuan zakat? Semua orang yang pernah berurusan dengan hal ini, akan ada pengalaman mereka sendiri. Untuk mendapatkan RM100 hingga RM200 pun, begitu banyak kerenahnya.
“Sedangkan pejabat zakat kelihatan mewah, gaji pegawai dan bos begitu tinggi dan peralatan urusan juga begitu canggih. Apakah belanja yang tinggi itu hanya untuk urusan mencari pembayar, tetapi tiada kesungguhan yang memadai untuk mencari penerima yang layak? Tujuan zakat antaranya untuk mendekatkan hati manusia dengan Islam. Sebab itu, ada hak untuk golongan mualaf. Bagaimanakah mungkin pengurusan zakat gagal melakukan hal ini, sehingga yang sudah Muslim ingin meninggalkan Islam kerana gagal mendapat bantuan daripada umat Islam khususnya zakat?” soalnya.
Justeru Asri meminta supaya tidak bersangka buruk kepada pihak yang bersedia menghulurkan bantuan kepada umat Islam.
“Janganlah jika kita gagal membantu sedangkan kita mampu tapi kita menyalahkan orang lain yang membantu. Setiap orang akan terpengaruh dengan pihak yang berbuat baik kepadanya. Itu fitrah manusia. Jika dia lemah iman, mungkin agamanya juga diserahkan. Mereka yang terpengaruh dengan pihak gereja atas budi baik, itu sesuatu yang tidak pelik.
“Namun yang pelik, bagaimana dalam negara Islam, umat kita boleh menukar agama disebabkan layanan yang tidak memuaskan oleh masyarakat Muslim? Sebaliknya mereka terpengaruh dengan sikap baik penganut agama lain. Apakah slogan-slogan agama kita selamat ini hanya kosmetik yang tidak berpijak kepada realiti kehidupan?,” katanya.
Pernah guru agama bertanya,mana ada nas yang memboleh duit zakat untuk membina masjid?
Ramai yang membayar zakat kepada Pusat Zakat kerana memerlukan resit untuk mengurangkan income tax. Saya membayar zakat saya terus kepada invidu yang saya fikirkan layak dan gembira melihat wajah wajah yang bersyukur mendapat wang zakat walaupun sekecilnya.
Posted by: Pak Zawi | Monday, August 08, 2011 at 05:31 AM
Abedib, pernah Chairman syarikat saya berkata sekiranya setiap keluarga yang layak menerima wang zakat diberi seed capital sebanyak RM250,000 iaitu RM100,000 dlm bentuk ASB, RM50,000 sebuah rumah, RM50,000 bantuan pelajaran dan RM50,000 sebagai modal perniagaan dankemudian dibantu mengurus perniagaan mereka, insyaallah mereka ini pula yang menjadi pembayar zakat. Wallahualam.
Posted by: mhi | Monday, August 08, 2011 at 09:04 AM
Thanks Pak Zawawi for your inputs.
Hasni: That is what my wife uncle the late Dato' Yusof Zaki's point of view.
Posted by: Adib | Monday, August 08, 2011 at 02:19 PM