Setiap kali aku melihat gambar Masjid Nabawi,aku akan teringat kali pertama aku ziarah makam Rasullulah dalam tahun 1986.Hati amat terharu kerana diberi peluang untuk sampai ke bumi Madinah al-Munarwarah dan terasa amat hampir dengan jasad Rasullulah.Selepas memberi salam dan membaca al-Fatihah untuk Baginda Nabi Muhammad,aku beredar dan melaksanakan solat sunat berhampiran pintu wahyu.Disitu air mata mengalir tanpa henti buat sekita.....
Dalam tahun 2007,aku sekali lagi datang untuk ziarah Nabi Muhammad dalam bulan Ramadhan.Sekali lagi aku terharu dengan layanan mesra penduduk Madinah pada masa berbuka puasa di Masjid Nabawi.Enaknya tidak terkira...Jika bolih,aku mahu puasa di Madinah setiap tahun.
Pada tahun 2005,aku melakukan umrah dan ziarah Taif bersama isteri dan anak ku Munir.Sebaik sahaja kami tiba di Masjid Nabawi,Munir memberitahu ku yang dia mahu datang lagi ke Masjid Nabawi kerana terpesona dengan keindahan masjid dan kedamaian suasana.Aku tersenyum dan melafazkan Alhamdulilah..InsyaAllah,kami akan datang lagi..
Comments
You can follow this conversation by subscribing to the comment feed for this post.