Semasa menunaikan solat isyak berjemaah di masjid malam tadi saya terpesona dengan keindahan suara imam dan ayat-ayat Surah Ash-Shams.Terjemahan maknanya disini dan bacaan Sheikh al-Ghamidi-
Untuk menikmati bacaan Quran kita perlu ilmu tajwid dan faham makna ayat-ayat yang dibaca.Tanpa 'lidah yang sihat',mana boleh menikmati kelazatan makanan atau minuman yang enak.Kata orang,"Tak kenal makan tak cinta!"
Lihatlah betapa cantiknya makanan saperti gambar dibawah ini.Untuk menikmatinya,melihat dengan mata tidak cukup;kita perlu makan barulah dapat menikmati lazatnya hidangan ini.
Adakah anda mahu melihat sahaja atau mahu makan?Begitulah misalannya...
Comments
You can follow this conversation by subscribing to the comment feed for this post.