Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia, mereka berpaling daripadanya sambil berkata: "Bagi kami amal kami dan bagi kamu pula amal kamu; selamat tinggalah kamu; kami tidak ingin berdamping dengan orang-orang yang jahil". (Al-Qasas 28:55) | <Embed> | English Translation
Dalam zaman ledakan maklumat semasa,kita terdedah dengan perlbagi berita dan pendapat dari pelbagai sumber.Pada hemat saya,kita perlu berhati-hati kesahan dan kebenaran berita kerana banyak maklumat palsu dan jahat bermaharajalela tersebar dengan pantasnya olih orang-orang yang jahil dan jahat dengan bantuan peralatan teknologi maklumat.Yang amat sedih akhbar juga terjebak sama.
Bagi megelakkan diri kita tertipu dengan budaya kejahilan dalam semua aspek kehidupan,kita perlu kepada ilmu.Saya memperingati diri saya dan pembaca sekelian agar terus menambah ilmu dan kita perlu merujuk kepada pakar yang berkaitan dibidang masing-masing.Dalam membicarakan isu semasa yang melibatkan kukum agama,guru masjid kami(bekas pensyarah UKM)Dr Hashim Mihat memulakan bicara dengan merujuk kepada Al-Qur'an,Sunnah,pendapat 'alim ulama dan akhirnya barulah pendapat beliau.Itu metodologi seorang Islamic Scholar,kalau macam kita orang awam harus lebih berhati-hati dalam mempercayai berita/pendapat atau memberi pendapat dan menyebar berita.Jagalah mulut dan jari jemari kita dari menjadi agen pengedar berita dan tuduhan palsu.
Pernah saya berjumpa Allahyarhamah nenek saya dan memohon du'anya supaya saya selamat.Beliau menasihati saya supaya jangan pergi "tempat" yang tidak selamat.Walau pun kita ingat kita orang baik-baik dan tidak terlibat dengan aktiviti kemaksiatan,jangan kita hampiri kelab malam(contohnya) yang menyediakan hiburan yang berunsur maksiat.Kita mungkin tergelincir...["tempat" merujuk kepada lokasi,keadaan,makam ilmu dsb]
Saya berdu'a agar Allah menolong saya menjauhi kejahilan dan kebatilan dan menghampiri saya kepada keilmuan dan kebenaran(haq),insyaAllah.
Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran. (Al-Kahfi 18:28) | <Embed> | English Translation
Recent Comments