Kepada semua warga negara Malaysia,saya ucapkan Selamat menyambut ulangtahun kemerdekaan negara kita kali yang ke 53!
Pada hemat saya...
Apakah itu sebenarnya kemerdekaan?Adakah diri kita merdeka selepas kita menghalau penjajah dari tanah air kita?Jika selaku insan kita tidak mengenal dan mengerti maknanya,amat sukar bagi kita untuk menjadi insan yang merdeka.Kemerdekaan insan adalah amat pokok dan unit asas untuk sesuatu bangsa hidup sebagai bangsa merdeka.Jangan kita kaya,tetapi pada hakikatnya kita hamba di negara sendiri.Pada pengertian saya,insan merdeka adalah mereka yang bebas dari tuntunan hawa nafsu dan hanya tunduk kepada fitrah dan hukum Allah.Negara kita boleh merdeka 100 tahun,tetapi jika fikiran dan jiwa kita masih dijajah,kita belum lagi menjadi insan yang merdeka. Bukan merdeka untuk bertindak mengikut nafsu dan perasaan, tetapi merdeka untuk bertindak berasaskan ilmu dan panduan wahyu dari Allah swt.Negara yang sebenar-benarnya merdeka dan berdaulat wajib mempunyai insan merdeka.
Comments
You can follow this conversation by subscribing to the comment feed for this post.