Dua dekad yang lalu saya mendapat rezeki lebih sedikit dan mampu membeli sebuah kereta Merz 280SE.Sebagai orang muda,saya tidak dapat mengelak dari perasaan yang saya memandu Merz di waktu itu(dan bukan hanya sebuah kereta).Pesanan ayahnda saya supaya saya tidak rasa bergantung/mencintai harta dunia sentiasa berdering di teliga saya.Ini kerja hati yang amat susah untuk kita mengawalnya.Kemewahan dunia,jika tidak dikawal, amatlah melalai dan membuat kita bangga/sombong diri.Mohon dijauhkan Allah.
Dari saat itu ,saya mula mendekati ilmu tasawuf.Buku yang pertama saya baca ialah Tasawuf Moden karangan Pak Hamka.Dan hingga kini saya masih seorang mureed dalam pengajian yang tiada titik khatamnya...
Zuhud adalah sifat yang mulia yang kita semua perlu mencapainya untik mendapat kasih Allah swt.Pelbagai pengertian/makna dan amalan yang kita baca dan lihat.Sebagaimana yang kita sedia ketahui,hati itu sifatnya berolak-alik;sebab itu disebut sebagai qalbun!Macam air laut-ada beralun dan ada tenang.
Mengikut satu syair Arab:
Dikatakan insan itu manusia,kerana sifat lupanya.Dikatakan hati itu qalbun,kerana keadannya tidak tetap(berolak-alik).
Untuk mengetahui makna zuhud,sila baca dan faham artikel ini.Jika tidak faham ,bertanya kepada guru.
Recent Comments