Kebanyakan dari kita apabila memilih lokasi rumah,kita selalu memilih kawasan yang mempunyai kemudahan saperti sekolah,kilnik,masjid,pasar dan sebagainya.Daripada perbincangan saya dengan beberapa pihak pengurusan masjid,didapati kurang dari 10 peratus penduduk muslim bersolat di masjid/surau setiap hari kecuali hari Jumaat dan bulan Ramadhan.Bila solat subuh,kadang-kadang satu saf pun tidak penuh.Begitulah rata-rata di pelbagai tempat yang saya pernah diami.
Profail pengujung masjid setiap hari adalah gulungan yang sudah berumur.Jarang sekali saya lihat orang muda yang sentiasa solat di masjid.Mereka masih disibukkan dengan urusan kerja dan keluarga.Dimasa muda-muda dulu saya pun begitu juga.Bila sudah lanjut usia,ramai diantara kami berasa menyesal.Masa telah berlalu.Saya berharap gulungan muda sekarang ambil pengajaran dari kesilapan kami semua.
Diakhirat nanti kita menharapkan dapat menjadi tetamu Allah swt.Sama-samalah kita memeriahkan masjid dengan solat berjemaah sekarang dan dapat menjadi tetamu Allah swt semasa berada di dunia ini.InsyaAllah kita akan dapat menjadi tetatmu Allah swt diakhirat nanti dan termasuk didalam kumpulan mereka yang mendapat perlindingan Arash Allah swt diakhirat nanti.Ramai yang suka menangguh untuk menambah dan meningkat kualiti ibadah.Apa akan terjadi jika ajal datang sebelum sempat masa yang ditunggu?
Jom kita ke masjid...
Berikut saya sertakan Hadis berkaitan:
KEUTAMAAN SOLAT JEMAAH
Dari Abu Hurairah, ia
berkata : Rasulullah s.a.w bersabda “ Solat seseorang dengan
berjamaah berlipat ganda dari solat sendirian di rumahnya dan di pasar
sebanyak 25 kali , iaitu apabila dia berwuduk, dia sempurnakan wuduknya,
kemudian ia pergi ke masjid dan hanya semata-mata untuk solat; ia tiada
melangkahkan kakinya, melainkan akan menambah tingkat dirinya satu
darjat dan setiap langkah akan menghapuskan satu kesalahan. Apa bila ia
solat, maka malaikat akan selalu mengucapkan selawat kepadanya selama
dia tinggal di tempat solat itu dan tidak berkata-kata. Malaikat berdoa:
Allahumma salli’alaih, Allahumma arhamhu ( Ya Allah berilah dia rahmat
dan berilah dia kasih sayang ) dan ia tetap seperti orang yang
mengerjakan solat selama dia menantikan solat .”
( HR Bukhari Muslim dan lafaz ini ada pada sisi Bukhari )
Dari
Umar bin Khathab, dari Nabi s.a.w sesungguhnya baginda bersabda “ Barangsiapa solat di suatu masjid dengan berjemaah selama 40
hari dengan tidak pernah ketinggalan rakaat yang pertamanya dalam solat
isyak, maka Allah akan menuliskan untuk dirinya pembebasan dari api
neraka .” ( HR Inbu Majah )
( HR Muslim dan lafaz ini ada pada sisinya) dan Abu Dawud
dengan lafaz : Maka ia laksana
solat malam separuh malam. Dan barangsiapa solat isyak dan solat subuh
dengan berjemaah maka bererti ia telah melakukan solat malam sepanjang
malam. Hadith ini disahkan oleh Tirmizi dan Ibnu Khuzaimah, dan
mengikuti zahir riwayat Muslim, iaitu : Sesungguhnya solat subuh dengan
berjemaah, pahalanyalebih dari solat isyak dengan berjemaah, lafaz
hadith ini ada pada Abu Dawud memperkuat hadith tersebut .
Dari Abi Darda’ , ia berkata : Aku
mendengar Rasulullah s.a.w bersabda “ Sembahlah Allah seolah-olah engkau
melihat-Nya. Jika engkau tidak dapat melihat-Nya, maka sesungguhnya ia
melihatmu. Hitunglah dirimu dalam menghadapi kematian. Jauhilah olehmu
dari doa orang-orang yang teraniaya, kerana sesungguhnya doa orang
tersebut akan dikabulkan. Barangsiapa di antara kamu dapat menghadiri
dua solat wajib, iaitu isyak dan subuh, sekalipun dengan merangkak,
hendaklah ia lakukan .” ( HR
Thabrani )
Comments
You can follow this conversation by subscribing to the comment feed for this post.