Semasa perjalanan saya kemasjid semalam,saya terlihat bulan terang benderang terapung-apung diangkasa raya.Maka teringat saya kepada beberapa ayat dalam surah Yaasin(36-40) dimana Allah berfirman berkaitan tanda atau dalil tentang kehebatan penciptaan Allah swt.Setiap malam Jumaat,masjid dan surau dipenuhi dengan para jemaah yang datang untuk solat magrib dan isyak dan mengambil bahagian membaca surah Yaasin beramai-ramai.Alhamdulilah!
Ramai diantara kita baca Surah Yaasin setiap minggu,tetapi berapa ramai yang faham apa yang mereka baca setiap minggu?Apakah anggapan kita kepada mereka yang membaca sesuatu teks setiap minggu tetapi masih tidak tahu apa yang mereka baca? Salah seorang dari 'mereka' itu mungkin diri kita!
Dengan menggunakan sedikit ilmu fizik dan kosmologi yang kita ada,cubalah ambil sedikit masa memikir kehebatan kekuasaan Allah sebagai pencipta yang maha bijaksana.Sama-samalah kita berusaha dan berdu'a agar diberi taufik dan hidayah bukan hanya dapat melihat keindahan ciptaan Allah,bahkan dapat melihat kebesaran Allah swt sebagail Maha Pencipta,insyaAllah.
Kita ada dua pilihan:Untuk menjadi ahli kumpulan Ulul-albab atau terus terapung-apung dalam lautan kejahilan yang jelas nyata.
Comments
You can follow this conversation by subscribing to the comment feed for this post.