Saya tertarik membaca artikel ini dalam Utusan Malaysia.Juga saya mendu'akan hasrat JAWI untuk menjadikan Putrajaya Bandaraya Sifar Maksiat. Hasrat tanpa 'delivery system' hanya angan-angan.Tindakan menambah pegawai pencegahan maksiat dari 4 orang kepada 10 orang akan meningkat pemantauan,tetapi jika tidak mencukupi perlu ditambah segera dan dapatkan bantuan orang ramai.Jangan tunggu...bila nasi sudah jadi bubur saperti berluluasanya maksiat di banyak bandaraya di Malaysia,apa mampu buat? Ini kerja tidak ada glamour dan mengundang maki hamun dan celaan.Ramai orang politik dan YB tak berminat.Terserahlah kepada pegawai dan beberapa orang tertentu sahaja.
Kebanyakan anggota masyarakat adalah orang baik-baik,tetapi dalam hal pencegahan,ramai memilih pilihan yang paling lemah.Jika pihak badan berkuasa gagal,maka akan gagal juga hasrat JAWI untuk mencapai taraf sifar maksiat di Putrajaya.
Recent Comments