Saya terkejut besar dan sedih pilu membaca berita seorang pemuda dalam usia 30 tahun di Perlis tanpa kesihan belas mencampak bapanya yang berumur 57 tahun (sebaya umur saya) di tepi jalan sebaik sahaja mengambilnya dari hospital selepas bapanya menjalani rawatan jantung! Adakah ini salah satu petanda yang masyarakat kita sudah rosak jiwa dan akhlak mereka? Ibu bapa dapat menjaga anak-anak sampai sepuluh orang anak,tapi nampaknya ada di antara kita yang bukan saja tidak menjaga ibu bapa yang tua dan sakit,malah menghina mereka semasa mereka tua dan sakit.Anak apakah ini???
Pada hemat saya ,perbuatan begini adalah satu perbuatan durhaka.Sila baca hadis berkaitan.
Beberapa bulan yang lalu,saya terbaca di akhbar kisah seorang bapa yang terpaksa pergi ke mahkamah menuntut anaknya memberi bantuan sara hidupnya! Apakah makna ini semua???
Saya masih bernasib baik ada lagi seorang ibu tua di kampung yang uzur.InsyaAllah saya berdu'a kepada Allah swt supaya saya dan adik beradik saya tidak lalai memberi layanan dan penjagaan terbaik kepada ibu kami.Sama-sama kita semua memberi masa dan sumbangan untuk sentiasa menjaga ibu bapa kita yang amat memerlukan kasih sayang kita semua.Semasa saya mengebumikan Allahyarham ayah saya yang meninggal pada 5/12/1981,guru agama saya mengingati saya supaya supaya berdu'a kepada Allah swt supaya sayangkan bapa saya sebagaimana beliau menyayangi saya semasa saya kecil.
Nota foto: Foto ini di ambil oleh anak saya kita kami membawa ibu saya bersiar-siar di Taman Botani,Putrajaya bulan lepas.Du'a ku dipagi Jumaat ini semoga Allah swt dan ibu ku memaafkan daku jika terdapat ketidak sempurnaan dalam melayani ibu ku tercinta.
Salam,
Berlinang air mata saya baca entry ini. I wish I still have a father so I can tell him how much I love him. Saya tak berpeluang untuk berterima kasih dan memeluknya lagi. I am going mad.
Az
Posted by: Az | Friday, January 15, 2010 at 03:40 AM
Abedib:
One thing for concern: I read somewhere that a judge in his judgement regarding the responsibility of a parent to his children said among others: "The duty of a parent does not end after the child reach 21.....". This was quoted by a father who was complaining about his son who was not looking after his welfare while he is already more than 70 years old.
When should a parent stop "looking after" his/her child?
What the damage has that judge done?
Posted by: Fauzi Shaffie | Friday, January 15, 2010 at 11:14 AM
wah!! ibu pak adib..masya Allah..nampak sihat serba serbo..berseri-seri...
Posted by: Mas | Friday, January 15, 2010 at 12:21 PM
Thanks Mas.Nasihat ibu saya kalau nak berseri-seri,sentiasalah baca Qur'an.Beliau khatam Qur'an tidak kurang satu kali sebulan.Bagi kebanyakan orang macam kita,dua kali setahun sebagai permulaan sudah baik.
Posted by: Adib | Friday, January 15, 2010 at 12:42 PM
abedib,
Tahun 2010, bermakna 3 tahun sudah berlalu permergian ibu saya tercinta.
Saya masih belum puas berkhidmat untuk ibu saya dan jika dibandingkan apa khidmat saya kepada ibu saya...dengan jasa, budi dan fitrah seorang ibu terhadap anaknya, teramat sedikit dan langsung tiada nilai....du'a, alhamdulillah saya buat setiap hari.
Tapi, setiap artikel yang berkisar tentang kisah seorang ibu/ bapa amat menyentuh hati saya dan akan menyebabkan saya sebak.
Pesan seorang Ustaz semasa di SDAR,setiap kali waktu solat, sebelum Imam mengaminkan bacaan AlFatihah, bacalah du'a "Rabbighfirli waliwaa lidayya..." dan aminkan bersama-sama jemaah.
"Ya Allah, peliharalah kedua ibu bapaku sepertimana mereka memelihara aku sewaktu aku masih kecil"....aamin.
Posted by: Rasydan Alime AbdulRahman | Friday, September 03, 2010 at 12:26 PM
Rasydan,
Begitulah kita semua bila dengan ibu-abedib yg dah tua dan layak jadi atuk pun sebak juga bila teringat ayah yg dah pergi dan ibu di kampung.Now my eldest son(sdara 84-89) is living with my mother at our kampung.He is working with ICU(PM Dept) in Kelantan.
Posted by: Adib | Friday, September 03, 2010 at 03:16 PM