Terlebih dahulu saya memohon ribuan maaf kerana tidak dapat mengemaskinikan siri tazkirah saya sejak dua minggu yang lepas.Ini disebabkan oleh saya berada dikampung hampir seminggu apabila mak saudara jatuh sakit dan meninggal pada pagi Jumaat 8 hb Januari,2010.Dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini,ibu saya mengalami perasaan sedih kerana tiga adiknya meninggal dunia dan juga ibunya dalam bulan Mei,2009.Alhamdulilah,suasana emosi ibu saya bertambah baik.
Lazimnya,yang tua pergi dahulu,tetapi apa yang saya lihat banyak yang tidak begitu.Hidup mati adalah ketentuan Illahi,tanpa mengira usia masa.Kita semua dalam keadaan lalai(termasuk diri saya)-hanya tahap lalai sahaja yang berbeza diantara kita.Ada yang lalai dalam lali-seumpama orang yang tidur.Mereka ini akan hanya sedar apabila malaikal maut datang untuk menyabut nyawa.Masa itu sudah terlambat untuk bertaubat dan beribadah kepada Allah swt.Daripada pengajian saya yang sedikit ini,saya dimaklumkam oleh guru agama kami yang malaikal maut datang setiap hari menziarahi kita.Hanya tunggu arahan sahaja untuk menyabut nyawa kita!Sebagaimana biasa,kita tetap leka dan lupa...
Berikut saya sertakan ayat 3 dan 83,surah Al-Hijr yang bermaksud:
3:Biarkanlah mereka makan dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan dilalaikan oleh angan-angan(daripada bertaubat dan insaf),kemudian mereka akan mengetahui kelak(akibat dari perbuatan mereka)
83:Oleh itu biarkanlah mereka (wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatan mereka dan leka bermain-main(dalam dunia mereka),sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka(untuk menerima balasan).
Sama-samalah kita ambil peringatan demi kebaikan kita didunia dan diakhirat.
[3:102] Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.
Hati ingin bicara,
Tapi lidah kelu berkata,
Suasana sepi ketara.
Hati ingin bicara,
Kerenah dunia semasa,
Telah rosak binasa.
Hati ingin bicara,
Dunia pentas sandiwara,
Hanya permainan semata-mata.
Benarlah bicara ayahnda,
Kebenaran amat nyata,
Dimatahati anaknda.
Aku seorang pengembara,
Melewati dunia seketika,
Diperjalanan menuju Yang Esa.
Gambar Hiasan: Gambar ibu ku sedang membaca surah Yaasin dan berdu'a untuk adiknya Mohd Shahir Abdullah yg telah kembali Ke Rahmatullah pada 1/3/2007.Al Fatihah untuk bapa saudaraku yang dikasihi dan di hurmati.
Recent Comments