Nabi s.a.w. bersabda;
”Sesungguhnya orang yang menziarahi orang sakit itu dinaungi oleh Allah dengan 70000 malaikat.”- Riwayat Atthabarani
Semasa saya dan ahli keluarga berhari raya di kampung bersama ibu dan sanak saudara,saya mengambil kesempatan yang ada untuk menziarahi saudara mara yang uzur dan tua.Suasana trafik amat sulit bagi kami untuk bergerak dari kawasan Kota Bharu,Pasir Mas dan Bachok.Walau pun begitu kami bersabar kerana bukan senang untuk kami anak beranak dapat pulang bersama jika tidak pada hari raya.Keluarga yang lain semacam kami juga.
Dari Kota Bharu,saya ambil masa satu jam setengah untuk sampai ke Hospital Pasir Mas,di Lati untuk ziarah mertua sepupu isteri saya yang masih sakit tenat sejak 6 bulan kerana 'stroke'.Beliau dulunya tinggal berhampiran Bandar Makkah sejak 40 tahun yang lalu dan saya teringat layanan yang istemewa yang diberikan olehnya semasa saya melawat beliau ketika saya mengerjakan haji dan umrah.Pengajaran yang ambil dari lawatan tersebut ialah supaya kita sentiasa menjaga kesihatan dan bersegera berbuat ibadat sebelum tua dan sakit mendatangi kita semua.
Keesokan harinya,saya ziarah Ustaz Yusof Abdullah,bapa saudara nenek saya yang tinggal lebih kurang 200m dari rumah ibu saya.Beliau berumur 92 tahun dan seorang ustaz di Sekolah Arab Amir Indera Putra,Pondok Beris,Bachok. Sekolah ini diasaskan olih Allahyarham ayah saya lebih 50 tahun dulu dan beliau adalah rakan seperjuangan ayah saya dalam pendidikan agama kepada penduduk setempat termasuk orang2 Melayu dari Siam.Ustaz Yusof atau nama yang saya panggil sejak saya kecil ialah Toksu Soh,ada pakar Ilmu Tauhid dan beliau fasih membaca ayat2 Qur'an.Saya amat suka solat jemaah bersama beliau kerana sedap mendengar bacaannya!
Walau pun penglihatannya sudah kabur sekarang,tetapi bacaan Qur'an nya amat jelas dan tajwidnya adalah perfect!Qur'an sudah berada didalam hatinya buat selama-lamanya.Ini satu contoh yang baik saya ikut supaya Qur'an juga akan bersama saya bila tiba masanya saya berada di alam barzah dan akhirat nanti,insyaAllah.
Below are two photos when I attended my alumni hari raya gathering hosted by Dr Rusli and also when I visited my dear friend with his family in Kota Bharu.
Recent Comments