[2:269] Allah memberikan Hikmat kebijaksanaan (ilmu yang berguna) kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditentukanNya) dan sesiapa yang diberikan hikmat itu maka sesungguhnya dia telah diberikan kebaikan yang banyak. Dan tiadalah yang dapat mengambil pengajaran (dan peringatan) melainkan orang-orang yang menggunakan akal fikirannya.
[39:9] (Engkaukah yang lebih baik) atau orang yang taat mengerjakan ibadat pada waktu malam dengan sujud dan berdiri sambil takutkan (azab) hari akhirat serta mengharapkan rahmat Tuhannya? Katakanlah lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna.
Semalam,selepas solat magrib,satu kuliyyah agama di sampaikan oleh Ustaz Muhammad Fuad bin Kamaludin Al-Maliki di Masjid kami.Pada kebiasaannya malam Jumaat,pihak pengurusan masjid mengadakan tahlil dan majlis baca Yaasiin dan dihadiri hanya dua baris makmum.Saya terkejuk gembira kerana majlis kuliyyah malam ini(dua kali sebulan dan di selangi majlis tahlil),jumlah makmum bertambah hampir 100% dan di hadiri oleh ramai golongan muda.Sebelum kuliyyah bermula, bacaan berzanji dipimpin oleh sekumpulan anak-anak muda belia dengan suara yang merdu.Ini adalah salah satu pembaruan yang menarik ramai orang datang ke masjid.Syabas kepada kepimpinan/pengurusan masjid dan Ustaz Muhammad Fuad.Kuliyyah disampaikan berpandukan buku yang beliau tulis sendiri bertajuk Tafsir Surah Yaasiin.(Terbitan Sofa Production,Tel: 01333022143-harga RM15).
Ada pelbagai perkara yang Ustaz telah bicarakan,tetapi saya pilih dua perkara yang saya ingin kongsikan bersama pembaca blog The Reader:
2.Ilmu itu perlu di hurmati sesuai dengan tahap maqamnya yang tinggi.
Salam Pak Adib,
Masid mana ?
Posted by: mawar | Friday, March 06, 2009 at 06:09 PM
Wassalam Mawar,
Masjid Al-Imam As-Shafie,Taman Maluri,KL
GPS Location:N3 08.019,E 101 43.829
Posted by: Adib | Friday, March 06, 2009 at 06:21 PM
Salam Sheikh,
May I add another point (most probably already covered by al-Ustaz)? and that is to do what you are doing excellently right now i.e sharing and spreading the knowledge.
Thank you.
Posted by: Zendra | Friday, March 06, 2009 at 06:41 PM
Wassalam Zendra,
In fact,there are 5 obligations to the Qur'an.
1.To believe in the Qur'an as the Words of Allah
2.T read and to recite Al-Qur'an
3.To understand its meaning
4.To obey and to practise/execute the commands.
5.To spread or inform others of the contents of al-Qur'an.
Thanks for your kind feedback.
Posted by: Adib | Friday, March 06, 2009 at 10:22 PM
Salam Abedib,
Nak tumpang sedikit informasi.
Bagi sesiapa yg hendak mengikuti Kelas Pengajian Al-Quran (Peringkat Asas) anjuran Masjid Bukit Aman, boleh hubungi 03-2274 0525 untuk pendaftaran.
Yuran pendaftaran hanya RM30 sahaja.
Class details:
Kelas sudah bermula pada 3hb March 2009 (tapi masih boleh join sebab baru one class)
Masa: diadakan pada setiap Selasa & Rabu jam 8.00-10.30pm
Tempat: di Dewan Serbaguna Masjid Bukit Aman.
Sangat sesuai masanya untuk pekerja office.
Guru mengajar adalah Ustaz Abu Bakar bin Idris (mantan Bilal Masjid Negara).
Kelas ini SANGAT sesuai utk org dewasa yg sangat takut utk membaca Al-Quran atas sebab selalu ponteng kelas mengaji masa kecik2 dulu.
Kelas ini juga sesuai utk org yg tidak takut membaca Al-Quran tetapi mahu memperbetulkan makhraj & tajwid masing2.
Sekian, harap maklom.
Posted by: Honeytar | Saturday, March 07, 2009 at 12:50 PM