Esok,tanah air tercinta akan merayakan ulangan tahun MERDEKA ke 50. Izinkan saya mengucapkan Selamat Merdeka kepada semua rakyat Malaysia yang sudi membaca blog saya.Sama-sama kita berdu'a agar negara kita aman dan maju dari masa ke semasa...
Berikut ialah cebisan dari tulisan saya di ambang Merdeka pada tahun 1998.
Apakah itu sebenarnya kemerdekaan?Adakah diri kita merdeka selepas kita menghalau penjajah dari tanah air kita?Jika selaku insan kita tidak mengenal dan mengerti maknanya,amat sukar bagi kita untuk menjadi insan yang merdeka.Kemerdekaan insan adalah amat pokok dan unit asas untuk sesuatu bangsa hidup sebagai bangsa merdeka.Jangan kita kaya,tetapi pada hakikatnya kita hamba di negara sendiri.Pada pengertian saya,insan merdeka adalah mereka yang bebas dari tuntunan hawa nafsu dan hanya tunduk kepada fitrah dan hukum Allah.Negara kita boleh merdeka 100 tahun,tetapi jika fikiran dan jiwa kita masih dijajah,kita belum lagi menjadi insan yang merdeka. Bukan merdeka untuk bertindak mengikut nafsu dan perasaan, tetapi merdeka untuk bertindak berasaskan ilmu dan panduan wahyu dari Allah swt.Negara yang sebenar-benarnya merdeka dan berdaulat wajib mempunyai insan merdeka.
Catititan foto: Foto diatas adalah se kumtum bunga raya dari taman bunga dirumah saya.Warna kuning melambangkan banyak nilai-nilai mulia negara merdeka kita telah ternoda oleh budaya kuning...
Recent Comments