Sempena kita merayakan Eidul Adha besok,izinkan saya berkongsi ayat-ayat berikut dari surah As-Saaffaat untuk direnung bersama:
[102] Maka ketika anaknya itu
sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama
dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya
aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah
apa pendapatmu?. Anaknya menjawab: Wahai ayah, jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari
orang-orang yang sabar. [103]
Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu)
dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya
di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya
itu telah menjalankan perintah Kami). [104] Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! [105]
Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu.
Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha
mengerjakan kebaikan. [106] Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata.[107] Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. [108] Dan Kami kekalkan baginya (nama yang harum) dalam kalangan orang-orang yang datang kemudian. [109] Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!. [110] Demikianlah Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. [111] Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu dari hamba-hamba Kami yang beriman.
Pengajaran dari ayat-ayat tersebut:
1.Iman menuntut ujian.Setiap yang beriman akan di uji.Sila rujuk ayat 2 Surah al-Ankabut.
2.Ayat -ayat ini memperlihatkan keta'atan dan kesabaran Nabi Ibrahim,Nabi Ismail dan Siti Hajar dalam kerelaan dan keredhaan mereka menjalankan perintah Allah.
3.Iman merangkumi kepercayaan DAN amalan.
Pak Adib,
Salam eidul adha to u. R u going back to celebrate it in kelantan? 10, 11, 12, 13 zulhijjah, days when puasa is forbidden unto us (3 latter days are those tashrik days).
And kaabah is still as magnificent as it was during nabi ibrahim and nabi ismail alayhimussalam.
Posted by: manal | Saturday, December 30, 2006 at 04:55 PM
salam abe dib,
kelek klattae ko, gerbae? sinning ado hok ghayo saktu, ado ahak...po skalo lah, ppakak laeng-laeng blako.
Posted by: atok | Sunday, December 31, 2006 at 09:55 AM
salam abe dib,
kelek klattae ko, gerbae? sinning ado hok ghayo saktu, ado ahak...po skalo lah, ppakak laeng-laeng blako.
Posted by: atok | Sunday, December 31, 2006 at 09:56 AM
Manal,
Minta maaf baru saja boleh connect ke blog ini hari ini.Jawapan kpd pertanyaan dan catitan semuanya betul dan benar. Kami sekeluarga berhari raya dgn Qurban,ziarah,makan2 dan jalan2..Nampak gaya nya perlu rehat dua hari lagi dan mulai kerja Isnin depan.
Atok,
abe klek gerbae dgn anak beranak.Amat gembira beraya cara kampung dan kami bertakbir setiap hari selama 4 hari di surau.
Posted by: Adib | Thursday, January 04, 2007 at 08:03 AM
tuan,
marilah kita renung bersama perintah Allah kpd nabi ibrahim dan nabi noh..dimana perintah ini seolah2 tak masuk akal manusia!!Nabi Ibarahim yg kembali berdakwah utk bertemu anak yg ditinggal begitu lama..setalah tiba mendapat perintah utk menyembelih anak yg dirindui begitu lama!!sudah tentu perintah sebegini bagi manusia abad ke21 memang agak pelik dan tak masuk akal? Sama perintah Allah kpd Nabi Noh utk membina kapal diatas bukit..dimana ketika itu manusia yg tidak beriman menuduh Nabi Noh gila tambah lagi dakwah agama yg dibawanya ditolak olih mereka...
Nyata perintah Allah itu tepat dan benar...
Salam dan selamt menyambut hari raya korban.
Posted by: zainudin muhamad | Tuesday, December 18, 2007 at 12:22 PM