Izinkan saya berkongsi sedikit ilmu yang telah disampaikan kepada ahli jemaah surau kami olih Ustaz Dr hashim Minhat pada pagi 1hb Ramadan ,1427.Beliau memulakan kuliyyah subuh dengan membaca dua ayat Qur'an saperti dibawah:
Surah al-Furqan:-
[43] Nampakkah (wahai Muhammad) keburukan keadaan orang yang menjadikan hawa nafsunya: Tuhan yang dipuja lagi ditaati? Maka dapatkah engkau menjadi pengawas yang menjaganya jangan sesat?
[44] Atau adakah engkau menyangka bahawa kebanyakan mereka mendengar atau memahami (apa yang engkau sampaikan kepada mereka)? Mereka hanyalah seperti binatang ternak, bahkan (bawaan) mereka lebih sesat lagi.
Beliau menggajurkan kita semua mengambil kesempatan dalam bulan Ramadan yang mulia untuk mentarbiyyahkan rohani kita supaya lebih perkasa dari nafsu kita dengan mengerjakan ibadah puasa secara yang betul dan ditambah dengan pelbagai ibadah-ibadah sunat saperti membaca Qur'an,zikir,sedakah dll.Mengikut pandangan beliau,banyak gejala maksiat yang berleluasa dikalangan ummah sekarang adalah berpunca dari kerakusan hawa nafsu,makan/minum dan tamak haloba bila mana rohani telah menjadi lemah dan nafsu bermaharajalela didalam jiwa manusia muslim dan muslimah dewasa ini.Bila mana nafsu telah menjadi Tuhan mereka,manusia akan boleh berbuat pelbagai keingkaran dan kemaksiatan tanpa ragu dan malu.Beliau membuat perumpamaan yang rohani adalah pemilik rumah dan jasmani adalah rumah.Rumah sepatutnya memberi perkhidmatan kepada tuan rumah dan bukan sebaliknya.
Pada hemat saya, jika kita betul-betul memanfaatkan ibadah puasa untuk mentarbiyyahkan rohaniah kita sebulan dalam setahun,insyaAllah kita semua sudah menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah swt.Yang sedih dan pilunya,apa yang kita lihat dan sebahagian kita amalkan ialah apabila tibanya Ramadan,kita bukan berpesta ibadah tapi kita berpesta memenuhi kehendak hawa nafsu dalam pelbagai aspek.
Enam hari Ramadan 1427 telah berlalu.....tanyalah diri kita sendiri.Buatlah sesuka hati kamu,sesungguhnya kamu akan bertanggung jawap diatas setiap perbuatanmu.Dan cintailah apa saja yang kamu sukai,nescaya kamu akan berpisah dengannya.
Sila renung Surah Al- 'Asr:
[1] Demi Masa!
[2] Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian;
[3] Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.
Nota: Gambar tertera diatas adalah sebahagian dari Masjidil Haram.Pohon maaf kualiti gambar tidak memuaskan kerana berlaku pergerakan semasa menekan butang.
Recent Comments