
Allah (Yang Menguasai Segala-galanya), Ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: dalam masa tidurnya; kemudian Ia menahan jiwa orang yang Ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya).
(Az-Zumar 39:42) | <Embed> | English Translation
Alhamdulilah,saya diberi satu lagi kesempatan mendengar tazkirah dari Sheikh Ali Saleh,seorang imam yang berasal dari Madinah dan fasih berbicara dalam bahasa Melayu.Beliau memula bicara dengan membaca ayat tersebut diatas.
Setiap pagi apabila kita terbangkit dari tidur,kita perlu amat bersyukur kepada Allah kerana dengan rahmahnya kita diberi lagi hidup setelah terpisah jiwa kita dari badan kita semasa kita tidur pada malamnya.Kita jua bersyukur kerana diberi kesihatan yang tak ternilai harganya dan dapat berterusan beribadat kepada Allah.Kesyukuran itu hendaklah berterusan setiap hari sehingga tiba ajal kita.
Sheikh Ali Salih juga memberi ucapan motivasi di pagi subuh di bulan Ramadhan Kareem.Dia menasihati para jemaah agar jangan berdukacita kerana kita masih belum dapat memiliki sesuatu yang kita mahu atau kita masih kekurangan sesuatu.Semua dilangit dan di bumi milik Allah.Yang lebih penting ialah kita mendapat rahmat dan keredhaan Allah.Yang kita patut bersedih ialah bila kita kekurangan ibadah kepada Allah.
Beliau memberi contoh-contoh insan yang cintai amalaln baik semasa hidup mereka.InsyaAllah kita akan berakhir dalam suasana husnul khatimah.Ameen.

Comments