Ulil Albab adalah gulungan yang diistimewakan dan yang disebut Allah di dalam AlQuraan. Sebanyak 16 kali disebut di dalam AlQuraan. Ulil Albab menggunakan kurniaan akal untuk merenung setiap kejadian di alam semesta yang maha luas ini.
"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi Ulil Albab (orang yang berakal)" (Al-Imran :190)
Imam AlGhazali menyatakan Sungguh, jalan untuk mengenal Allah (maírifatullah) dan mengagungkanNya itu adalah dengan cara memikirkan setiap mahlukNya, merenungkan keajaiban-keajaiban dan memahamkan hikmah-hikmah yang terkandung dalam segenap ciptaanNya.
Izinkan saya berkongsi beberapa maklumat saintifik dan ayat2 al-Qur'an dari catitan tersebut diatas.Sama-samalah kita mengambil masa untuk berfikir sejenak untuk memahami kejadian ciptaan Allah,khususnya diri kita sendiri.Saya berharap para pembaca dan diri saya bukan sahaja melihat kehebatan dan keindahan ciptaan Illahi;malah kita juga dapat melihat dengan 'akal dan hati Penciptanya-Al-Khaliq.
Satu daripada hobi saya ialah fotografi dimana ianya banyak memberi peluang kepada saya melihat alam dari perbagai sudut dan saiz.Gambar-gambar yang saya ambil melihatkan kebijaksaan dan kekuasaan Allah sebagai yang Maha Pencipta.
Adalah menjadi harapan dan du'a saya agar kita semua termasuk diri saya sentiasa melihat kebesaran Illahi dalan setiap detik dan ruang kehidupan kita.Juga kita tidak lupa sentiasa memohon maaf diatas kealpaan kita dan bersyukur diatas semua anugerahNya-sama ada yang kita tahu dan tidak tahu.Alhamdulilah.

Comments