Kita telah bersama Ramadhan hampir sebulan.Hampir tiba masanya Ramadhan akan meninggalkan kita dalam dua tiga hari lagi dan tahun depan belum tentu kita akan bersamanya.Setiap kita yang masih bernafas ini diberi peluang berkali-kali untuk berusaha mencari rahmah dan keampunan Allah dalam perjalanan untuk mencapai taqwa sebagai matlamat puasa Ramadhan.Disamping itu kita juga diberi satu malam bernama Lailtul Qadar dengan segala keberkatannya.InsyaAllah kita dapat ganjaran yang sewajarnya dari Allah swt selaras dengan kerja amalan kita.Ya ,amalan kita...
Pada mulanya Ramadhan,kita mempunyai pelan tindakan untuk beribadah kepada Allah di bulan Ramadhan al-Mubarak.Setiap hari kita lihat apa yang kita laksanakan dari pelan asal kita.Umumnya,kita tidak dapat mencapai 100%,tetapi apa yang penting kita laksanakan sebahagian dari pelan tindakan kita.Dan dari analisa prestasi kita,kita dapat mengenal tahap keupayaan dan kesanggupan kita melaksanakan ibadah khusus dalam bulan Ramadhan Kareem.Kita akan kenal siapa kita sebenarnya!Dari pengalaman peribadi saya,prestasi kita amat banyak mencerminkan hakikat diri kita yang sebenar dan bukan apa yang kita anggap atau sangka.Setelah muhasabah diri,kita perlu bercita-cita dan memohon kepada Allah swt supaya akan dapat meningkatan prestasi amalan Ramadahn dan lain-lain di masa yang akan datang,insyaAllah.
Sebagaimana firman Allah swt yang bermaksud:"Segala urusan kembali kepada Allah.."Kita hanya mampu merancang dan berusaha,tetapi segala ketentuan dan hasilnya di tentukan olih Allah jua.Sebagaimana muslim yang lain,saya merancang untuk menambah lagi kuantiti dan kualiti ibadah diakhir sapertiga Ramadhan.Rancangan ini terggangu pada hari 18 Ramadhan dimana saya mengalami batuk teruk sehingga beberapa hari saya terpaksa tidak puasa.Sekarang saya masih tidak saperti biasa tetapi sudah dapat puasa kembali secara 'off and on' bergantung kepada keadaan kesihatan saya.Pengajaran dari ini ialah saya perlu beribadah apabila diberi peluang tanpa berharap untuk buat dihari kemudian.Dalam tempuh dua bulan yang lepas,dua orang sepupu saya yang berumur 60 tahun(hanya dua tahun lebih tua dari saya) telah kembali ke Rahmatullah.Alhamdulilah saya masih hidup dan dapat solat setiap hari dan tidak mengalami penyakit kronik.
This experience reminds me of the saying,"Today is a present,that is why it is called a present(a.k.a a gift)! and the phrase,"We propose,God disposes".
Eidil Fitri is near...Let us return to our fitrah,insyaAllah and may I wish you Eid Mubarak,Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin.

Comments