Lalai serta leka..
Beberapa hari yang lepas seorang kawan and ahli keluarga meninggal dunia.Umurnya sebaya dengan saya-50'an.Beliau seorang ahli perniagaan dibidang hartanah yang berjaya.Kali terakhir saya berjumpa dan sempat bersembang dengannya ialah dua bulan yang lalu semasa kami menghadiri satu majlis perkahwinan.Perbincangan kami berlekar kepada pendidikan agama untuk anak-anak kami yang amat terdedah kepada pelbagai ancaman fikrah kufur dan budaya kuning yang mengasyikkan dan melalaikan.Kesannya membuat mereka leka dari mematuhi perintah Allah dan memandang ringan larangan Allah swt.Beliau seorang peniaga yang baik dan sentiasa berdamping dengan guru agama.Banyak saya ambil iktibar darinya yang bergiat didalam mempelajari Al-Qur'an dan menghayati Al-Qur'an.Apabila saya mendapat berita yang beliau meninggal dunia secara tiba-tiba,saya terus teringat bicara kami sebagaimana saya tuliskan diatas.Amat terasa kehampiran maut...Al-Fatihah Ya akhi.
Setiap dua minggu, guru kami mengingati kami yang masih hidup untuk bersyukur kerana masih berada diatas bumi dan tidak dibawah bumi.Masa untuk beribadat sentiasa berkurangan setiap detik berlalu dan ramai diantara kami yang masih lalai dan leka...Kita semua masih sibuk dengan harta orang yang akan kita tinggalkan dan kurang usaha bersungguh-sungguh untuk membawa sebanyak mungkin bekal untuk kehidupan kita yang kekal abadi di akhirat nanti.
Kerja mencari rezeki sama ada sebagai peniaga atau makan gaji amat melekakan dan melalaikan jika tidak kita kawal.Sudah pasti persiapan untuk hari-hari akhirat akan terbiar dan tertinggal.Oleh hal yang demikian,pengurusan masa perlu mengambil kira kerja persiapan untuk kehidupan di akhirat tanpa mengabaikan hak kita didunia.Masa untuk ibadah perlu dimasukkan didalam diari harian kita.
Berikut saya sertakan beberapa ayat Qur'an yang berkaiatan dengan tajuk diatas:
[24:37] (Ibadat itu dikerjakan
oleh) orang-orang yang kuat imannya yang tidak dilalaikan oleh
perniagaan atau berjual beli daripada menyebut serta mengingati Allah
dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat; mereka takutkan hari
(kiamat) yang padanya berbalik-balik hati dan pandangan.
[28:77] Dan tuntutlah dengan
harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan
kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu
(keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada
hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan
pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau
melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak suka kepada
orang-orang yang berbuat kerosakan.
[29:64] Dan (ingatlah bahawa)
kehidupan dunia ini (meliputi segala kesenangan dan kemewahannya, jika
dinilaikan dengan kehidupan akhirat) tidak lain hanyalah ibarat hiburan
dan permainan dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang
sebenar-benarnya; kalaulah mereka mengetahui (hakikat ini tentulah
mereka tidak akan melupakan hari akhirat).
[18;28] Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta dia menurut hawa nafsunya dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.
Let me qoute an excerpt from the book "Don't Be Sad".
It is incumbent upon everyone to realise that death is hovering above us.At any moment,day or night,death can come.Caliph Ali bin Abu Taalib expressed in lucid terms the reality of our life:
" The Hereafter is travelling towards us and this life is travelling
away from us; so be among the children of the Hereafter and not the
children of this world.For today is action without
reckoning(judgement), and tomorrow is reckoning without action".
From this saying,we can learn how imperative it is for us to improve ourselves,to renew our repentance.and to know that we are dealing with The Lord,Who is Generous,Powerful,Great and Kind.
Death does not seek permission prior to arrival,nor does it gives early warning that it is on the way. The Qur'an informs us:
{[No person knows what he will earn tomorrow,and no person knows in what land he will die]}-Qur'an 31:34
{[The Appointment to you is for a Day,which you cannot put back for an hour(or a moment) nor put forward]}-Qur'an 34:30

abedib, very true indeed. But in islam, our life is amanah from God, and whatever we do in fulfiling our amanah to our Lord is considered ibadah - our work, our relationship with family etc - should be in the framework of this worldview. question is, how to make everything we do as an act of ibadah? in my humble view - combine it with the remembrance of Allah (zikr)and always remember to renew our niyyah (intention) only for Him. May He guides us all, ameen!
Posted by:kakja | Friday, May 16, 2008 at 01:08 PM
Thanks Kakja for articulating the meaning of ibadah.For those who wish to know more,i recommend a book Ubudiyyah by Ibn Taimiyyah.What a waste of this life if our ibadah(umum dan khusus) are not accepted by Allah swt.Ikhlas is imperative in all forms of ibadah.
Posted by:Adib | Friday, May 16, 2008 at 08:26 PM
Abe dib, for me, ibadah is when I do thing as per stated in Al-Quran.
E.g: why I work, coz it is Allah command in verses 78:11.
So I go out to work with my intention "In the name of Allah" to do my duty as His slave to follow His command in 78:11. So when I work, I must do it with full responsiblity and comitment coz my work is Allah command. How can I get reward from Allah if I done His command (in this case is working) carelessly/take for granted.
Same goes to others verses. All His command is 24H activities. Even I sleep is Allah command in 78:9. Then I can do 'ibadah' 24H if I understand Al-Quran and do it.
And as per what I learn from Al-Quran, all Allah command in Al-Quran are the best way of life.
Posted by:helmi | Wednesday, May 21, 2008 at 05:15 PM
Tq, Abe Dib kerana menulis peringatan-peringatan seperti ini, kadang-kadang atau selalu juga kita lupa kepadaNya apabila apabila seharian hidup kita melihat yang cantik-cantik dan indah-indah tetapi kita melupakan keindahan yang akan kecapi nanti di akhirat.... selalu ingat wasiat ayah
Posted by:yusri Abe Ya | Thursday, May 22, 2008 at 11:45 AM